YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

cepat nya kau pergi

Tengah asyik aku melayan angan-angan yang indah,kau datang menyapaku.Bukan terkejut dengan kehadiran kau,cuma aku masih tidak dapat menerima kehilangan kau.Mungkin pada kau,aku hanyalah seorang perempuan yang manja yang masih tidak boleh hidup berdikari.

Sudah berapa kali harus aku katakan pada kau,berikan aku sedikit masa untuk membuktikan pada kau.Dek kerana tiada kesabaran dalam diri kau,kau lepaskan aku pergi tanpa sempat aku membuktikan apa-apa.Kesempatan yang kau beri pada aku terlalu singkat.Pada siapa harus aku salahkan?Pergilah jika itu yang terbaik buat kita berdua.Cuma apa yang ingin aku katakan pada kau,usah dipandang pada kenangan yang lepas.Antara kita sudah tiada apa-apa ikatan.Tidak perlu lagi kau mengambil tahu tentang diriku ini.