YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

apa itu cinta??

pengorbanan pasti akan terkait dengan cinta.Tidak semua orang sanggup berkorban demi cinta.Namun,jika cinta itu cinta yang sejati,sudah tentu pengorbanan yang dilakukan adalah seikhlas yang mungkin.Dalam melakukan pengorbanan,pasti hati akan terdetik,adakah ini calon yang sesuai buat aku?Jika bukan dia,siapa lagi?Bagaimana ingin mencari cinta yang sejati?
Bagiku terlalu sukar kerana pasti kita akan bertemu orang yang salah sebelum kita berjumpa dengan orang yang betul-betul mencintai dan boleh menerima diri kita seadannya.
Dalam pada mencari cinta yang sejati,sudah tentu banyak hati yang terluka dengan sikap kita.Pastinya orang itu adalah orang-orang yang berada di sekeliling kita.Bukan kehendak aku untuk melakukan hati dan perasaan orang-orang itu,tapi sudah menjadi lumrah hidup,jika mahukan orang yang kita kasihi hidup bahagia,kita hendaklah berkorban.
Itulah tanda yang kita mempunyai perasaan sayang terhadap dia.Mampukah aku melakukan perkara yang sama jika aku mahukan orang yang aku kasihi merasa hidup bahagia?Jika tanya pada hati,mestilah jawapannya tidak yang akan aku berikan,tapi sampai bila harus aku iri hati melihat si dia bahagia kebahagian dirinya merupakan kebahagiaan diriku,itulah yang dinamakan cinta